Ijazah 'am Selawat Thobibiyah dan Qasidah oleh Abi Azman, Ribath Syeikh Ibrahim, Shah Alam
Alhamdulillah pada 21/2/2012, Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) IPG Kampus Perlis telah melaksanakan Malam Manifestasi Cinta Rasul di Surau Nurul Iman [SNI]. Majlis pada malam ini lebih berkonsep kepada majlis maulid. Tausyiah pada malam ini telah disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu Abi Azman, Khalifah Tokku Ibrahim yang merupakan Mudir Ribath Syeikh Ibrahim, Shah Alam. Majlis diselang-selikan dengan alunan qasidah dan tausyiah daripada Abi Azman sendiri. Video ini adalah kemuncak kepada majlis iaitu Abi Azman mengijazahkan secara umum Selawat Thobibiyah dan juga qasidah-qasidah yang telah dialunkan pada malam ini kepada hadirin untuk beramal. Kemudian Abi Azman telah membacakan doa pada majlis malam ini sebagai penutup majlis. Moga rahmat dan keberkatan yang dibawa oleh Abi Azman dan juga pelajar-pelajar Ribath mengalir di bumi Perlis secara umum dan khususnya di IPG sendiri..