#AWANIJr: Sayangi Malaysiaku di APSES meriah HD

08.09.2018
Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan dengan penuh gilang gemilang serta warna-warni. Program dimulakan dengan persembahan silat, deklamasi sajak serta berbalas pantun. Seterusnya ucapan perasmian, oleh En Ab Rahman Tahar, Pengetua Smk Ayer Puteh, Kemaman Terengganu. Program dihangatkan lagi, dengan laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali. Program diteruskan dengan nyanyian beberapa buah rangkaian lagu patriotik. Antaranya Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia serta Tanggal 31 Ogos. Acara dimeriahkan lagi, dengan upacara gimik perasmian yang penuh dengan warna-warni, apabila belon yang dilepaskan di udara. Ikuti bingkisan oleh pengacara dan wartawan iaitu Adik Nik Nor Tafni Mohd Nor, 16 dan Nurul Ain Najwa Zakaria, 16 dari krew APSES TV, TV PSS SMK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu, yang telah mengikuti kemeriahan serta warna-warna perasmian tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya Visit http://www.astroawani.com for more news Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live Subscibe to YouTube Astro http://bit.ly/ytawani Follow us on Website http://www.astroawani.com Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani

Похожие видео

Показать еще