Terima kasih abang Bomba kerana tunaikan hajat adik Ahmad Danial Ahmad Suhairi HD
Walaupun disahkan pakar perubatan keadaannya tidak boleh dipulihkan, namun semangat serta kecekalan untuk menyarung pakaian seragam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sungguh mengharukan. Ahmad Danial Ahmad Suhairi, 7, penghidap barah otak tahap empat, bukan seperti kanak-kanak lain apabila urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapanya selain perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Biarpun tidak seperti rakan sebaya yang boleh ke sekolah dan bermain seperti biasa, tetapi Ahmad Danial mempunyai keinginan bergelar anggota bomba untuk menyumbang bakti kepada masyarakat. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/503894/bomba-cilik-berhati-mulia-walaupun-tiada-kudrat ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy