Kakak terkilan tidak buat panggilan video HD

29.06.2022
"Kali terakhir saya menerima mesej daripada arwah pada kira-kira 9 pagi semalam serta sempat bertanyakan keadaan kesihatan keluarganya dan sama ada akan balik pada hari raya Aidiladha nanti," kata kakak Muhammad Rosli Ibrahim, Siti Jainah Basiron. Siti Jainah, 45, ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Beliau yang menetap di Taman Koguna, Kampung Makam di Kota Tinggi, Johor itu dimaklumkan kemalangan yang menimpa keluarga berkenaan pada jam 5 petang, 28 Jun. Katanya, arwah Muhammad Rosli membalas mesej berkenaan dan menyatakan sihat, selain memaklumkan ke Pejabat Tanah Pekan sebelum ke Chini. Menurut Siti Jainah, perkara yang membuatkannya terkilan ialah kebiasaannya akan membuat panggilan video bersama adik-beradik lain. Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak dilakukan sejak akhir-akhir ini kerana lebih kepada membalas mesej sahaja. Siti Jainah berkata, dia turut dimaklumkan arwah hendak membuat pendawaian elektrik tetapi niat adiknya itu tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan. Dalam kejadian 3.40 petang 28 Jun, lima sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat. ------------------------------------------------------------------------- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my ▪️ Telegram https://t.me/hmetro ▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro ▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy ▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy ▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy

Похожие видео

Показать еще