Ustaz Ahmad Dusuki - DOA PELEMBUT HATI DAN KASIH SAYANG HD

17.01.2017
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani - TQ 137 [170117] [#FatehteamLive] KULIAH DHUHA - TQ [170117] Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani TAFSIR QURAN (TQ) . ========================= KULIAH TQ 137 [170117] Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani Kitab TAFSIR QURAN (TQ) Surah Taha, Ayat-39 Surau Al Ansor, Seksyen2, Shah Alam. Pengajian : Kuliah Tafsir TQ 137 | Surah Toha | Ayat 37 Tajuk : Doa Pelembut Hati Dan Kasih Sayang Zaman Jahiliyah bunuh anak perempuan. Zaman Firaun bunuh anak lelaki. Zaman kita bunuh anak lelaki dan perempuan. Antara banyak zaman, zaman mana paling teruk? Adakah kita sedar kita di akhir zaman yang penuh kekejaman dan kezaliman. Dalam hidup ini kita tak boleh paksa rasa kasih sayang itu. Allah lah yang campakkan sifat kasih sayang dan kesian itu pada hati HambaNya. Jika dalam keluarga ada perselisihan, baca ayat ini (Surah Taha, Ayat 39). وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي Maksudnya : "dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu." (ayat pelembut). Baca pada air pun boleh. Baca pada jasadpun boleh. Untuk melembutkan hati anak-anak yang degil atau pasangan yang tak bersefahaman. Kita pun boleh amalkan doa ini. Terutama orang yang bawa agama. Bila kita bercakap mengenai agama, orang yang tak de agama akan bermusuh dengan orang yang ada agama. Jadi kita perlukan sangat pengawasan dan penjagaan Allah walau siapa pun kita Bila kita naik kenderaaan , siapa yang boleh awasi kita melainkan Allah. Walaupun Firaun itu melampau. Allah wahyukan pada Nabi Musa untuk ceritakan Islam pada Firaun dalam keadaan lemah lembut dan teratur. Kita dalam berdakwah, jangan guna bahasa kasar. Kena bagi nasihat walaupum sejahat mana mereka pun. Guna bahasa yang baik dan lemah lembut. Guna kaedah yang terbaik dalam berdakwah. Allah ajar teknik dakwah. Ada di sebut dalam surah Toha ayat 44. فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Walaupun Allah tahu perangai Firaun, Allah ajar teknik berdakwah pada Nabi Musa. Dakwah itu tak kenal pada siapa hatta pada Firaun yang mengaku Tuhan. Apatah lagi kepada pemimpin. Kena juga sampaikan Islam. 3 kategori penuntut ilmu ; 1) Dengar kuliah dan rasa biasa sahaja 2) Dengar dan terima dengan hati 3) Dengar, terima dengan Hati dan Beramal dengan ilmu Kita yang mana? #FatehteamNotaKuliah (((LIVE HD))) KULIAH TQ 137 [170117] Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani Kitab TAFSIR QURAN (TQ) Surah Taha, Ayat-39 Surau Al Ansor, Seksyen2, Shah Alam. Pengenalan Fatehteam Fatehteam telah merakam selama hampir 5 tahun pengajian Berkitab yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Lebih 1000 tajuk cd kuliah berkitab di terbitkan oleh Fatehteam Fatehteam mengeluarkan 6cd audio kuliah terkini setiap minggu bagi 6 kitab Fateh

Похожие видео

Показать еще