#Amanz24 - Huawei Mate 20 | Mate 20 Pro, Huawei Watch GT, Illegear Selenite HD

17.10.2018
Semalam, Huawei telah mengadakan satu acara untuk pelancaran siri Huawei Mate 20 serta beberapa peranti keluaran mereka yang lain. Huawei Mate 20 dilancarkan dengan rekaan skrin 6.53 inci LCD beresolusi 1080p, dijana dengan cip Kirin 980, dan bateri sebesar 4000mAh. Telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan kad NM yang mana ia akan digunakan untuk memperluaskan storan. Manakala untuk Huawei Mate 20 pula membawakan rekaan skrin 6.39 inci OLED bertakuk, dijana dengan cip Kirin 980, ruangan storan yang boleh diperluaskan dengan kad nano-SD, sokongan tri kamera, pengecas nirwayar dan speaker stereo. Bagi Huawei Mate 20X pula, telefon pintar ini hadir dengan membawakan rekaan skrin 7.2 inci, bateri berkapasiti 5000mAh menerima sokongan M-Pen dan dilengkapi dengan alat kawalan khusus yang dapat mengubahnya menjadi konsol. Hal ini sekaligus menjadikannya telefon pintar yang paling berspesifkasi tinggi untuk siri Huawei Mate 20. Hasil daripada kerjasama mereka dengan Porsche Design, Huawei turut melancarkan telefon pintar Porsche Design Huawei Mate 20 RS. Model ini hadir dengan rekaan yang sama seperti Huawei Mate 20 Pro dengan menyertakan kemasan berasaskan kulit dan ruangan memori 8G RAM. Pada pelancaran itu juga, Huawei turut memperkenalkan jam tangan dan gelang tangan pintar mereka, iaitu Huawei Watch GT dan Huawei Band 3 Pro. Jam tangan pintar mereka hadir dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari, serta dilengkapi dengan rekaan skrin AMOLED 1.39 inci, sokongan GPS terbina dan kalis air. Manakala bagi gelang tangan Band 3 Pro pula menggunakan skrin AMOLED bersaiz 0.95 inci berwarna dan menyokong untuk membuat pemantauan kecergasan pengguna. Namun, status kehadiran peranti peranti ini ke pasaran Malaysia masih belum diketahui. Akhir sekali, komputer riba terbaru dan terbesar daripada Illegear telah dilancarkan, iaitu Illegear Selenite. Komputer riba ini direka dengan paparan skrin 17.3 inci beresolusi Full HD, kadar segar semula 144Hz, memori DDR4 sebanyak 8GB, gabungan storan SSD sebesar 240GB bersama cakera keras sebesar 1TB, dan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6G. Komputer riba ini boleh dibeli pada harga RM9098 untuk model dengan CPU Intel Core i9 dan RM7099 untuk model yang dilengkapi dengan CPU Intel Core i7.

Похожие видео

Показать еще