RTC pelengkap agenda pembangunan luar bandar: Najib HD

18.02.2012
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjadi pusingan dan fasa terakhir dalam usaha kerajaan memodenkan sektor luar bandar, sekaligus pelengkap kepada agenda pembangunan luar bandar bagi tempoh sehingga 2020. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sudah tiba masanya untuk rakyat luar bandar menikmati pembangunan sejajar dengan agenda transformasi negara yang bersifat inklusif, mapan dan menegakkan keadilan sosial. Melalui pusat itu juga, masyarakat luar bandar khususnya petani dan penternak katanya, bakal menikmati hasil pendapatan yang lebih tinggi dalam masa terdekat. "Fasa pertama pembangunan luar bandar tertumpu kepada penyediaaan kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan serta tidak terkecuali bidang pendidikan. "Setakat ini, usaha untuk menyediakan kemudahan asas di Semenanjung Malaysia sudah 80 peratus siap dan kita yakin ia dapat dipenuhi dalam tempoh dua tahun akan datang. "Kerajaan juga mewujudkan pembangunan secara berkelompok dan tersusun melalui penempatan Felda, Felcra dan Risda di seluruh negara di bawah fasa pertama ini. "Seterusnya untuk fasa terakhir pula, kita memperkenalkan RTC yang menjadi pelengkap dalam pembangunan kawasan luar yang berperanan sebagai pusat sehenti yang menawarkan pelbagai khidmat dan berkonsepkan nilai tinggi yang menghubungkan pengeluar dengan pasaran tempatan dan luar," katanya ketika berucap pada pelancaran RTC Gopeng, petang tadi. Selain itu, pusat itu kata Najib, akan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan baik di pihak kerajaan dan swasta yang memberi kesan besar kepada golongan petani dan penternak yang tinggal dalam jarak 100 km dari Gopeng. Pelbagai maklumat boleh didapati daripada kiosk 1Malaysia yang disediakan selain peluang pekerjaaan yang ditawarkan, tambahnya. "Sebuah pasar raya besar juga akan dibina di sini bagi memudahkan petani memasarkan hasil pertanian mereka, bukan setakat di tepi-tepi jalan tetapi ke seluruh negara. "Kemudahan perbankan dan mikrokredit yang ditawarkan seperti AgroBank, TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut disediakan kepada orang ramai selain juga nasihat berkaitan pengurusan perniagan," katanya lagi. Dalam perkembangan berkaitan, Najib juga menegaskan, kemudahan sosial seperti gelanggang futsal juga akan disediakan di RTC Gopeng dan pusat sama bakal beroperasi di Kelantan, Sabah, Sarawak dan Johor. Perdana Menteri turut mengingatkan semua kementerian yang terlibat secara langsung dalam RTC supaya bekerja di bawah satu pasukan untuk menjayakan agenda transformasi luar bandar. Ujarnya, dalam tempoh kurang tiga tahun, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha pembangunan luar bandar, bukan kerana ingin mengejar matlamat ke Putrajaya sebaliknya ingin meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Lebih 50,000 pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan Karnival RTC Gopeng yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung t

Похожие видео