#Amanz24 - WPA3, U Mobile Giler Unlimited, GrabPay Diperkenalkan HD
Aplikasi Klook yang sudah beroperasi di Malaysia sejak November 2017 lalu kini telah dilancarkan secara rasmi. Dengan pelancaran ini, Klook telah memberikan beberapa promosi menarik dan ianya tidak terhad kepada tiket taman tema sahaja, tetapi turut menawarkan pakej ke destinasi destinasi tempatan yang menarik, perkhidmatan sewa hotspot WiFi dan banyak lagi. Aplikasi ini kini boleh dimuat turun di Google Play dan juga AppStore. Wifi Alliance pula telah memperkenalkan Wifi Protected Access 3 (WPA3) yang mana ia hadir dengan ciri keselamatan baru yang lebih mudah digunakan dan lebih sukar untuk digodam. Hal ini kerana ia menyokong penyulitan WPA-3 Personal, WPA-3 Enterprise, menggunakan teknologi Simultaneous Authentication of Equals dan sudah boleh dimuat turun oleh rakan pembina penghala WiFi hari ini. Selain itu, UMobile pula telah melancarkan pelan Giler Unlimited dengan kod nama GX30 dan GX50. Pada harga serendah RM30, pelanggan pelan prabayar GX30 akan menerima kuota data percuma tanpa had selama 30 hari. Manakala untuk pelan GX50 pula, pelanggan boleh menikmati tawaran yang tersedia untuk GX30 dan ditambah dengan kuota panggilan tanpa had pada harga hanya RM50 sebulan. Grab Malaysia pula telah melancarkan dompet digital mereka iaiatu GrabPay secara rasmi. Dengan pelancaran ini, ia memudahkan para pengguna untuk membuat pembayaran secara nirtunai. Namun buat masa ini kedai yang meyokong transaksi nirtunai oleh GrabPay ini masih lagi terhad. Akhir sekali, instagram telah mula memperkenalkan sokongan panggilan video secara berperingkat kepada semua. Panggilan video ini diintegrasikan melalui bahagian Instagram Direct dan boleh menghubungi pengguna lain tanpa perlu memasukkan nombor telefon pengguna dan panggilan ini akan dipaparkan dalam bentuk mod Picture in Picture.