Polis Serbu 2 Kondo Mewah Simpan Dadah HD

24.09.2019
[ JENAYAH MINGGU INI ] Sewa dua unit kondominium mewah di lokasi sama untuk simpan dadah. Itu taktik digunakan sindiket pengedaran dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Sindiket berkenaan menyewa dengan harga RM3,200 bagi setiap unit kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah. Bagaimanapun tindakan sindiket berkenaan berjaya dihidu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brieckfields selepas menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di lobi kondominium berkenaan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan pada jam 6.45 pagi, 21 September lalu ketika berada di lobi kondominium berkenaan. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini. Mazlan berkata, pemeriksaan di unit kondominium berkenaan menemui serbuk ekstasi seberat 1.7 kilogram (kg) dan ketamin seberat 80.1 gram serta merampas wang tunai RM3,234. Dua wanita berkenaan kemudian membawa polis ke sebuah lagi unit kondominium di tingkat 10. Pemeriksaan menemui dadah jenis MDMA seberat 2.1 kg, ketamin seberat 501 gram, 30 biji pil eramin 5, 31 rokok berisi ganja dan enam biji pil ekstasi. Susulan itu polis menahan dua lagi lelaki warga tempatan berusia 21 dan 36 tahun di hadapan kondominium berkenaan pada hari yang sama,”katanya. Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap lima suspek berkenaan mendapati semua suspek itu positif dadah jenis ketamin. Semua dadah yang dirampas berkenaan bernilao RM441,040 dan nilai keseluruhan rampasan adalah RM444,274. Semua suspek kini direman selama enam hari sehingga 27 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lagi saki baki sindiket yang masih bebas. Sindiket juga dipercayai aktif melakukan pengedaran dadah sejak empat bulan lalu. #MKLCRIMEDESK #DADAH #PDRM __ Like, Follow & Subscribes us at Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia Twitter https://twitter.com/twt_metronews Instagram http://instagram.com/metronewskl We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Похожие видео