#Amanz24 - Huawei Watch 2 2018, Tema Gelap macOS 10.14, Aplikasi myAirports HD

04.06.2018
Selepas tertirisnya rekaan Huawei Watch 2 2018 pada Mei lalu, kini jam tangan pintar ini telah dilancarkan di China secara rasmi. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan skrin 1.2 inci AMOLED, dijana dengan pemproses Snapdragon 2100, menggunakan Wear OS, menyokong sokongan kad e-SIM terbina dan dijual pada harga sekitar RM954 untuk versi Bluetooth dan sekitar RM1239 untuk versim SIM di China. Kini, Apple dilaporkan telah membenarkan Telegram untuk menerbitkan semula aplikasi tersebut versi terkini di App Store sekaligus membolehkan para pengguna global menggunakan telegram pada iOS tanpa sebarang masalah. Bercakap mengenai Apple lagi, pihak mereka dilihat bakal memperkenalkan macOS 10.14 yang turut hadir dengan tema gelap yang lebih menyeluruh berbanding sebelum ini. macOS ini juga dijangka bakal menawarkan aplikasi Apple News bagi memudahkan pengguna untuk mengikuti pelbagai berita melaluinya. Akkhir sekali, Malaysia Airports pula telah melancarkan satu aplikasi yang dinamakan sebagai myAirports. Aplikasi ini dibina bagi memudahkan pegguna untuk merancang perjalanan mereka ke KLIA sehingga menaiki penerbangan. Aplikasi ini kini sudah boleh dimuat turun bagi semua peranti Android hari ini.

Похожие видео