#Amanz24 - Xiaomi Mi 8 Youth, OPPO A7X, Snapdragon Wear 3100 HD

12.09.2018
Sempena pelancaran iPhone baru tahun ini, pihak Apple mengumumkan bahawa mereka bakal menyiarkan pelancaran telefon pintar ini secara langsung melalui Twitter. Pengumuman rasmi Apple ini akan disiarkan melalui akaun rasmi Apple di Twitter dan laman rasmi Apple.com dan tidak akan disiarkan melalui YouTube mahupun Facebook. Telefon pintar Xiaomi Mi 8 Youth pula telah disahkan tarikh pelancarannya, iaitu pada 19 September kelak. Telefon pintar ini dikhabarkan bakal dilengkapi dengan skrin sebesar 6.26 inci FHD+, janaan cip Snapdragon 710, dwi kamera 12MP dan kamera hadapan 24MP. Selain itu, telefon pintar Oppo A7X pula telah diperkenalkan ke pasaran China dengan penawaran yang hampir sama seperti rekaan Oppo F9. Apa yang membezakan kedua peranti ini adalah Oppo A7X hadir dengan kamera hadapan 8MP dan dwi kamera belakang gabungan 16 dan 2 MP. Bagi baterinya pula, ia hadir dengan bateri berkapasti 4230mAh dan tidak menyokong pengecasan pantas VOOC seperti Oppo F9. Cip Snapdragon Wear 3100 pula dilihat telah memfokuskan kegunaannya untuk jam tangan pintar berasaskan Wear OS daripada Google. Cip pemprosesan baru ini menggunakan rekaan 28nm yang dilengkapi dengan cip Cortex A7 dan penawaran ketahanan bateri yang lebih lama. Akhir sekali, Instragram kini dilaporkan sedang menguji ciri baru mereka, iaitu kebolehan untuk tag pengguna lain pada sesuatu video. Buat masa ini, ciri ini masih diuji dan tidak diketahui lagi tarikh perkenalan ciri ini secara meluas.

Похожие видео

Показать еще