VIRAL VIDEO PUKUL WARGA ASING - IGP MINTA ORANG RAMAI MEMPUNYAI MAKLUMAT BANTU POLIS [29 NOV 2016]
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dua individu dengan salah seorang daripada mereka disyaki menyerang seorang lelaki dengan sebatang kayu, diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengharapkan kerjasama itu bagi mengenal pasti individu yang terbabit.