Su-30MKM Tak Boleh Terbang ? Tahyul Mana Kau Dapat Ni ? HD
Su-30MKM Tak Boleh Terbang ? Tahyul Mana Kau Dapat Ni ? Sebagaimana yang kita tahu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula menggunakan pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM pada tahun 2007 dan kini beroperasi di Pangkalan Udara Gong Kedak,Terengganu. Ketika mula-mula diterima oleh TUDM, pesawat Su-30MKM negara yang disifatkan seperti sebuah pesawat pejuang hybrid yang menggabungkan teknologi Russia dan Perancis diiktiraf sebagai pesawat paling canggih di rantau Asia Tenggara. TUDM telah melaksanakan program menaiktaraf secara berperingkat kesemua 18 pesawat pejuang itu dua tahun lepas. Kerja-kerja refurbishment itu (merangkumi Service Life Extension Program dan Mid-Life Upgrade) telah dilakukan oleh syarikat Aerospace Technology Systems Corp (ATSC) yang ditubuhkan pada 1994 hasil kerjasama kerajaan dengan agensi kerajaan Russia dinamakan Rosvoorouzhenie, kini dikenali sebagai Rosoboronexport dan Moscow Aircraft Production Organisation (MAPO), kini dikenali sebagai JSC RAC MiG. ATSC adalah subsidiary kepada National Aerospace and Defence Industry Sdn Bhd (NADI) yang memegang 70 % sahamnya manakala rakan-rakan Russianya, RAC MiG dan Rosoboronexport masing-masing memegang 25 peratus dan lima peratus. Kerajaan turut memegang golden share dalam ATSC. ATSC yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja membabitkan pesawat Su-30MKM dan MiG-29N milik TUDM sedang melaksanakan program dipanggil “Preventive and Restoration Works” selepas pesawat Sukhoi mencecah usia 10 tahun. Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad mengesahkan perkara itu berkata, pesawat-pesawat pejuang TUDM itu menjalani proses penyelenggaran khusus dan dinaiktaraf supaya ia mampu beroperasi dengan berkesan sehingga tahun 2035 dan 2040. “Untuk memastikan ia (F/A-18D dan Su-30MKM) meneruskan kemampuan operasinya, pesawat-pesawat F/A-18D akan menjalani program penyelenggaran dalam negara 12 tahun (Local Planned Maintenance 12 years – LPM12Y) pada tahun ini.” “Bagi pesawat Su-30MKM, ia sedang menjalani program Service Life Extension Programme (SLEP) dan program Mid-Life Upgrade (MLU) yang akan memastikan perkhidmatannya sehingga tahun 2040 dan selepas daripada itu,” katanya dalam satu temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris. Rasa admin dah ulang perkara ni 2-3 kali, jadi janganlah terjebak dengan laman-laman HOAKS penagih keyum tu, yaaa... hehehe Edited by Salman Al Farisy #Uniforms #SU30MKM #FA18D #Airsuperiorities #sukhoi #shorts #viral
Похожие видео
Показать еще