Shuib Tak Segan Ajak Keluarga Mertua Ke Rumah Lama HD
Shuib Tak Segan Ajak Keluarga Mertua Ke Rumah Lama . . Nasib hidup kita mampu berubah jika ada usaha dan doa, begitu juga dengan pelawak terkenal Shuib Sepahtu yang sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memiliki kehidupan yang seperti sekarang. Baru-baru ini, menerusi muat naik di Instagram Shuib telah berkongsi sekeping foto memaparkan dia dan keluarga bermalam di rumah lamanya. Rumah ini dulu mengajar erti hidup Nampak usang, namun tidak pernah ada sedikit pun rasa malu untuk mendedahkan kisah kehidupannya yang dulu. Malah, kelihatan juga keluarga mertua turut bermalam di rumah lamanya. Jangan kisah dari mana kita datang Bagi Shuib, kehidupannya sepanjang 17 tahun di rumah usang itu telah mengajarnya banyak erti hidup, jelas sekali terbit satu kerinduan apabila mengenangkan memori lamanya di kediaman itu. “Rindu nak balik sini lagi,Rumah yg mengajar erti apa itu “hidup”… Jangan kisah dr mana kita datang kerana ‘Value kita tetap tinggi’…” Sentiasa berada dalam kenangan Rata-rata pengikut di IG termasuk beberapa rakan artis, cukup terharu dengan perkongsian tersebut. Ramai yang memuji sikap Shuib yang merendah diri itu. Hidup bagaikan roda, ada susah dan senang tetapi itulah dua perkara yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar, supaya sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.