#Amanz24 - Huawei Nova 6 5G Diperkenalkan, Redmi K30 Menyokong 5G SA Dan NSA, Motorola One Hyper HD
Huawei telah memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu Huawei Nova 6. Peranti ini menampilkan dua variasi 4G dan 5G, dilengkapi skrin 6.57-inci, cip Kirin 990, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Melengkapkan peranti adalah kamera utama 40+8+8-megapixel, rakaman swafoto 32+8-megapixel dan bateri 4100mAh. Namun, tiada butiran lanjut mengenai penawaran untuk pasaran tempatan. Xiaomi pula berkongsi mengenai penawaran spesifikasi untuk peranti Redmi K30. Ia dijangka akan menyokong rangkaian 5G SA dan NSA selain membawakan bateri berkapasiti 4500mAh. Ia turut menampilkan rekaan berlubang untuk kamera swafoto. Buat masa ini, tarikh penawaran peranti masih belum diketahui. Selain itu, Motorola memperkenalkan peranti dengan kamera pop-naik, iaitu Motorola One Hyper. Peranti ini menggunakan skrin 6.5-inci, dijana cip Snapdragon 675, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera gabungan 64-megapixel dan lensa ultra lebar dan kamera pop-naik 32-megapixel. Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai penawaran peranti untuk peringkat global. Seterusnya, Qualcomm telah melancarkan cip Snapdragon XR2. Pada waktu ini Qualcomm masih belum mendedahkan spesifikasi lengkap Snapdragon XR2. Ia hanya akan diumumkan dengan lebih mendalam dalam beberapa bulan kelak. Bukan itu sahaja, Qualcomm turut mengumumkan dua cip pemproses terbaru yang dinamakan Snapdragon 7c dan 8c. Snapdragon 7c menyasarkan penggunaan pada komputer kelas permulaan. Sementara Snapdragon 8C akan ditawarkan pada komputer kelas perdana dan Snapragon 8cs pula untuk komputer kelas mercu. Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone baru tanpa sambungan Lightning pada 2021 kelak. Dengan ini, iPhone 2021 akan bergantung kepada sambungan nirwayar sepenuhnya untuk pengecasan dan sambungan ke komputer. Akhir sekali, Socar kini mengumumkan kerjasama dengan stesen minyak Petronas. Melalui kerjasama ini, pengguna boleh mendapatkan kereta Socar melalui lebih 52 stesen Petronas di Lembah Klang, Johor dan juga Pulau Pinang.
Похожие видео
Показать еще