Azan Adzan

24.06.2013
Tujuan Azan di laungkan adalah -Untuk menzahirkan tanda Islam dan Kalimah Tauhid. -Untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang. - Untuk memberitahu tempat sembahyang. - Untuk memanggil berjemaah Azan juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang sedang dalam kerasukan dan menghindarkan mereka daripada kejahatan jin, begitu juga sunat mengazankan orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau binatang dan orang yang resah gelisah kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan itu. Sunat melaungkan azan ketika menghadapi kebakaran atau untuk orang yang hendak musafir atau untuk anak yang baru lahir supaya anak itu tidak akan diganggu oleh Ummu Syibbyan iaitu daripada kalangan jin. Islam telah mengajar kita cara-cara untuk menghormati azan, antaranya ialah jika kita mendengar seruan azan atau iqamah sedang dilaungkan, maka sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut. Perlu diketahui juga bahawa waktu atau masa di antara azan dan iqamah merupakan di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh Allah .. Moga Azan yang dilaung dapat melembutkan hati kita untuk cinta kepada solat dan kalimahnya yang dijawab dapat membuatkankan kita istiqamah dalam setiap ibadah

Похожие видео