Puasa (Ramadhan) dan Imsak Menurut Sunnah Siri 9
DILIPAT GANDAKAN PAHALA SETIAP AMALAN Rasulullah melipat gandakan ibadahnya apabial menjelang bulan Ramadan. Antaranya dengan beriktikaf di masjid sebagaimana dijelaskan melalui sabda baginda: وَاِذَا صَلَّى الْفَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِيْ اِعْتَكَفَ فِيْهِ. "Setelah selesai solat subuh, baginda masuk ke tempat beriktikaf dibulan Ramadan". يَعْتَكِفْ فِىكُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ اَيَّامٍ فَلَمَّاكَانَ الْعَامُ الَّذِىقُبِضَ فِيْهِ اِعْتَكَفَ عِشرِيْنَ يَوْمًا "Disetiap Ramadan baginda beriktikaf disepuluh (terakhir) dan setelah tahun kewafatannya, beriktikaf dua puluh yang terakhir". اِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ تَقْضِى حَجَّةٌ اَوْ حَجَّةً مَعِيْ. "Sesungguhnya umrah diRamadan seperti satu haji bersamaku". YANG MEMBATALKAN PUASA SELAIN MAKAN 1. Berbekam Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: اَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُوْمُ. Telah berbuka orang yang membekam dan yang berbekam. 2.Muntah dengan sengaja: مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ ، فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ ، وَمَنِ اسْتَقَاءَ فَعَلَيْهِ الْقَضَاءُ. Barangsiapa muntah, maka tiada baginya mengqada. Sesiapa yang sengaja muntah wajib baginya mengqada. 3.Dibolehkan bersetubuh di malam hari, kerana Allah Azza wa-Jalla berfirman: أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ. Dihalalkan bagimu pada malam bulan puasa bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isterimu. Diharamkan bersetubuh disiang hari bagi mereka yang bukan musafir. Barangsiapa yang bersetubuh di siang hari maka wajib baginya kafarah, iaitu memerdekakan hamba, atau berpuasa 60 hari berturut-turut atau memberi makan 60 fakir miskin. Isteri tidak terkena kafarah, kerana ketika dikhabarkan kepada Rasulullah persetubuhan disiang Ramadan, baginda hanya mewajibkan satu kafarah sahaja. Seseorang yang kesiangan dalam keadaan junub boleh meneruskan puasanya sebagaimana sabda Rasulullah: أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُوْمُ. Rasulullah tidur sehingga kesiangan sedangkan baginda junub bersama isterinya, kemudian baginda mandi dan berpuasa. Tiada perbezaan junub kerana bermimpi atau bersetubuh. Termasuklah wanita yang telah suci dari haid atau nifas, mereka boleh terus berpuasa dan mandi hadas setelah fajar terbit. 4.Mengeluarkan mani dengan cara (sebab) bercumbu, berkhayal atau melancap/onani. Jika terkeluar air mani lantaran terlalu sejuk atau mimpi, maka tidak membatalkan puasa. 5.Makan, minum dan suntikan yang disengajakan. Tetapi tidak membatalkan puasa jika terlupa: مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَأَكَلَ اَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَاِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ. Barangsiapa lupa dalam keadaan berpuasa, kemudian makan dan minum, hendaklah menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah lah yang memberinya makan dan minum. إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيَتِمَّ صَوْمَهُ ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ. Sekiranya seseorang itu lupa lalu dia makan dan minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puas