Puasa (Ramadhan) dan Imsak Menurut Sunnah siri 4

27.08.2009
Ustaz Rasul Dahri PENYELAMAT DARI API NERAKA Puasa terutamanya puasa sebulan di bulan Ramadan, ia adalah penyelamat dari neraka dan pembuka pintu syurga. Rasulullah bersabda: مَنْ آمَنَ بِاللهِ ، وَبِرَسُوْلِهِ ، وَاَقَامَ الصَّلاَةِ ، وَصَامَ رَمَضَانَ ، كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ اَنْ يُدَخِّلَهُ الْجَنَّةَ. "Barangsiapa beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat, berpuasa dibulan Ramadan, satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga". اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ مِنْ عَذَابِ اللهِ "Puasa itu perisai (penyelamat) dari azab Allah". اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ. Puasa itu perisai, seseorang berperisai dengannya dari neraka. مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُوْمُ يَوْمًا فِىسَبِيْلِ اللهِ اِلاَّبَاعَدَاللهُ بِذَلِكَ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا Tidaklah ada seorang hamba berpuasa di jalan Allah kecuali Allah jauhkan dia dari neraka sejauh tujuh puluh musim (tujuh tahun). اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ ، فَاِذَا كَانَ اَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا ، فَلاَ يَرْفَثْ وَلاَ يَجْهَلْ فَاِنِ امْرُؤٌ شَتَمَهُ اَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ اِنِّيْ صَائِمٌ. Puasa itu perisai, apabila seorang kamu berpuasa, janganlah berkata-kata keji, jangan berlaku jahil, jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya, katakan aku berpuasa". كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ اِلاَّ الصَّوْمَ ، فَاِنَّهُ لِيْ وَاَنَا اَجْزِى بِهِ ، ولِخُلُوْفِ فَمِ الصَّائِمِ اَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ. "Setiap amal Bani Adam (ditulis oleh malaikat) pahlanya, kecuali orang yang berpuasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang memberi pahala puasanya. Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi". يَقُوْلُ عَزَّوَجَلَّ : اَلصَّوْمُ لِيْ وَاَنَا أَجْزِيْ بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَاَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ اَجْلِيْ وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِيْنَ يُفْطِرُوَفَرْحَةٌ حِيْنَ يُلْقَى رَبَّهُ "Puasa itu untuk Aku, Aku memberinya pahala. Ia meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan berbuka dan kegembiraan menemui Tuhannya". كُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا ابْنُ آدَمَ فَلَهُ عَشْرُ اَمْثَالِهَا اِلاَّ الصِّيَامَ لِيْ وَاَنَااَجْزِيْ بِهِ. "Segala kebaikan anak Adam baginya sepuluh kebaikan, kecuali puasa, ia untukKu dan Aku sendiri memberi ganjarannya". اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ. "Bagi yang berpuasa dua kegembiraan, ketika berbuka dan ketika menemui Allah maka balasannya ialah kegembiraan". اَلصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفِعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، يَقُوْلُ الصِّيَامُ أي رَبِّ ، مَنَعْتُهُ الطَعَامَ وَالشَّهْوَةَ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ ، وَيَقُوْلُ الْقُرْآنُ : منَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ . قَالَ : فَيُشْفعَانِ. Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada yang berpuasa diHari Kiamat, puasa berkata: Wahai Rabbku, aku meghalanginya dari makan dan syahwat, berilah dia syafaat keranaku! Al-Qura

Похожие видео