Puasa (Ramadhan) dan Imsak Menurut Sunnah siri 3
Ustaz Rasul Dahri BERPUASA SEBELUM MASUK BULAN RAMADAN Antara perbuatan bidah yang wajib dihindari ialah amalan berpuasa sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadan. Kebiasaannya, mereka yang melakukannya kerana berjaga-jaga agar tidak tertinggal puasa Ramadan jika ditakdirkan hilal (anak bulan Ramadan) sudha muncul. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam melarang perbuatan seperti ini sebagai mana sabda baginda: لاَ يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمٍ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ ، اِلاَّ اَنْ يَكُوْنَ رَجُلٌ كَانَ يَصُوْمُ صَوْمَهُ فَلْيَصُمْ ذَلَكَ الْيَوْمَ Janganlah kamu berpuasa mendahului Ramadan sehari atau dua hari sebelum ketibaannya, kecuali orang itu memang sedang (kebiasaannya) menunaikan pausa, maka kerjakanlah. Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadan sehari atau dua hari, kecuali yang biasa berpuasa tepat hari puasanya, maka hendaklah berpuasa pada hari itu. Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan padanya, maka ia telah menentang Abul Qasim sallallahu alaihi wa-sallam. Tidak dibolehkan berpuasa Ramadan kecuali setelah kelihatan anak bulan Ramadan. Rasulullah bersabda: لا َتَصُوْمُوْا قَبْلَ رَمَضَانَ صُوْمُوْا لِرُؤْيَتِهِ فَاِنْ حَالَتْ دُوْنَهُ غَيَايَةٌ فاَكْمِلُوْا ثَلاَثِيْنَ يَوْمًا Janganlah kamu berpuasa sebelum Ramadan. Berpuasalah setelah melihatnya anak bulan. Berbukalah kerana melihatnya. Jika terlindung, sempurnakanlah 30 hari. PUASA ENAM Disunnahkan berpuasa enam hari di bulan Syawal. Boleh bermula di awal bulan (bukan diwal Syawal), dipertengahan atau di akhir bulan asalkan ia dilakukan dibulan Syawal. Tidak kira, apakah dilakukan secara berselang seli atau berurutan (terus menerus enam hari). Menurut Syeikh Uthaimin, terlebih dahulu wajib menyempurnakan (mengqada) puasa Ramadan yang tertinggal. Menurut Syeikh Uthaimin raimahullah: Bahawa puasa enam hari di bulan Syawal tidak boleh didahulukan dari mengqada (membayar) puasa Ramadan. مَنْ تَطَوَّعَ وَعَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ لَمْ يَقْضِهِ ، فَاِنَّهُ لاَ يُتَقَبَّلُ مِنْهُ حَتَّى يَصُوْمَهُ. Barangsiapa yang mengerjakan puasa sunnah sedangkan ia mempunyai hutang (qada) Ramadan yang belum ditunaikan, maka puasa sunnahnya tidak diterima sampai ia membayarnya. Namun pendapat yang rajah ialah hadis Aisyah radiallahu anha bahawa beliau mengqada puasanya di bulan Syaban dan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam membenarkannya: كَانَ يَكُوْنُ عَلَيِّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَقْضِيَهُ اِلاَّ فِى شَعْبَانَ. Dahulu aku mempunyai hutang puasa Ramadan, maka aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaban. Maka dibolehkan berpuasa sunnah sebelum mengqada puasa wajib yang tertinggal, kewajipan mengqada puasa tidak dibatasa oleh waktu-wakktu tertentu. Menurut Imam An-Nawawi: Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan Jumhur Ulama Salaf dan Khalaf, bahawa mengqada puasa Ramadan bagi orang yang meninggalkannya kerana uzur seperti disebagkan haid atau dalam