Puasa dan Imsak Menurut Sunnah Siri 14

27.08.2009
MEMBERI MAKAN ORANG YANG BERPUASA Allah Subhanahu wa-Taala melimpahkan pahala yang besar, kebarkahan dan kebaikan kepada orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa. Kerana Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا ، كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا. Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala yang diperolehi orang yang berpuasa tersebut, tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa walaul sedikit pun. Diwajibkan bagi orang yang diundang agar memenuhi undangan orang yang mengundang, kerana orang yang enggan memenuhi undangan sama seperti menentang Rasulullah salllallahu alaihi wa-sallam. Kemudian disunnahkan bagi orang yang diundang setelah berbuka puasa agar mendoakan orang yang mengundang, (setelah selesai makan/berbuka). Dan tiada doa sebelum makan (sebelum berbuka), sama ada untuk berbuka atau untuk selainnya. Antara doa-doa yang boleh dibaca setelah makan/berbuka: اَللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِيْ ، وَاسْقِ مَنْ سَقَانِيْ. Ya Allah! Berilah makan kepada orang yang telah memberi aku makan, dan berilah minum orang yang telah memberi aku minum. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ ، وَارْحَمْهُمْ ، وَبَارَكْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ. Ya Allah! Berikanlah keampunan kepada mereka, kasihilah mereka serta berikanlah keberkahan kepada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka. أَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارُ ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ ، وَأَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ. Orang-orang yang baik telah makan makan kamu, para malaikat bersalawat untuk kamu, dan orang-orang yang berpuasa telah berbuka puasa di tempat kamu. DOA KETIKA BERBUKA PUASA Antara waktu-waktu berdoa yang paling makabul (mustajab) atau diterima oleh Allah Azza wa-Jalla, ialah berdoa dimasa berbuka puasa. Sebagaimana hadis dari Abu hurairah radiallahu anhu beliau berkata: ثَلاَثٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ : الصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ. Tiga orang yang tidak ditolak doanya: Orang yang sedang berpuasa diketika dia berbuka, pemimpin yang adil da doa orang yang dizalimi. إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ. Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, diketika berbuka nascaya doanya tidak akan ditolak. ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ : دَعْوَةُ الصَّائِمِ ، دَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ. Tiga jenis doa bagi orang yang berdoa akan dikabulkan (mustajab): Iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang sedang musafir. Antara sebaik-baik doa yang boleh dibaca yang warid dari Rasulullah ialah: ذَهَبَ الظَّمَاءُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ ، وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ. Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insy Allah.

Похожие видео